“Ah, dah lewat!”
bisikku dalam hati. Aku mempercepatkan langkah ke Dewan Ilmu dan melangkah
masuk ke dalam. Dewan yang tersergam indah itu dihiasi alunan bacaan ayat-ayat
suci Al-Quran yang berkumandang di segenap penjuru. Majlis tilawah Al-Quran
sudah bermula. Aku mencari-cari seseorang yang telah aku janjikan kehadiranku
ke sini. Tidak susah mencari dia. Orangnya berkulit gelap, berkepala botak dan
tinggi, walaupun ketika dia sedang duduk. Maklumlah, dia bukannya orang
tempatan. Setelah ku jumpa, ku ambil tempat duduk di belakangnya.
“You’re late,” katanya kepadaku. Dia
berbaju formal dan sedang memegang telefon bimbitnya, mungkin untuk menterjemah
surah-surah yang sedang dibacakan.
“Sorry. Got stuck in jam. How many did I miss?”
tanyaku kembali. Dia memusingkan badannya ke belakang.
“Not much. It’s just the first contestant.
Dont worry,” jawabnya sambil tersenyum. Giginya yang putih cukup kontra
dengan kulitnya yang gelap itu. Namun, aku tetap mengagumi insan ini.
Namanya Jared
Ambrose. Aku berkenalan dengannya disebabkan oleh program pertukaran pelajar di
kampus. Setiap pelajar luar negara akan mendapat seorang pembimbing mahasiswa.
Aku tidak terfikir langsung tentang tanggungjawab yang bakal aku pikul ketika
aku mendaftar diri ingin menjadi pembimbing kepada mereka. Aku hanya
mementingkan markah tambahan yang diberi oleh pihak universiti kepada siswa dan
siswi yang sudi membantu. Tidak aku nafikan, pertama kali bertemu, aku tidak
pernah menyangka bahawa aku akan menjadi rakan baik kepadanya. Memang aku rasa
seperti memalukan diri sendiri ketika aku memperkenalkan diri kepada Jared.
“Hi. My name is Nur Maisara Izhar. You can call me Mai for short,” ucapku sambil menyerahkan
sekeping kertas bertulis namanya serta namaku. Dia meneliti kertas itu agak
lama.
“That’s a bit too hard to remember. Can i
call you Sara instead? It’s a lot easier. By the way, I’m Jared,” katanya
sambil munghulur tangan. Aku memanjangkan lengan bajuku untuk melapis tanganku
dan berjabat dengan Jared. Dia nampak bingung dengan perlakuanku.
“That works too, I guess,” kataku, menyetujui
bahawa dia akan menggunakan panggilan Sara untukku.
“It’s not like i have germs or anything. Why
must you cover your hands like that?” tanya
Jared, jelas di raut wajahnya merasakan dirinya seperti terhina.
“No, I didn’t mean it that way. It’s one of
the rules of my religion. I cannot touch any guys without covering. That was
the polite way. If I were to follow the more strict version of the rule, I
wouldn’t even take your hand. I could just deny your handshake,” jelasku
dengan cepat menjernihkan keadaan. Jared kelihatan seperti memahami dan terus
menukar topik.
Sejak itu, Jared
mempelajari sedikit sebanyak tentang Islam. Aku tidaklah sempurna; solat juga
kadang-kadang tertinggal. Namun, Jared memahami setiap aspek tentang kehidupan
seorang Islam sehingga aku juga terkadang malu dengan sifat pelupa tentang
keislaman diri sendiri. Setiap petang, dia mendengar bacaan ayat Al-Quran dari
masjid berhampiran hostelnya di universiti. Dia cuba bertanya dengan rakan
sebilik yang Islam namun belum dapat menemui jawapan yang dingini lantas dia
bertanya kepadaku.
“Why does the reciter sound horrible, like her
voice is about to squeak if she goes any higher? Why can’t she recite it with a
lower key? It must hurt her vocal chords,” tanya Jared bertubi-tubi. Aku
yang sedang sibuk menelaah menjawab dengan mudah agar dia tidak menggangguku
dengan lebih banyak soalan.
“I don’t know. Maybe the surah that she was reciting has a sad or hurtful
story behind it,” kataku sambil membelek-belek buku rujukan yang setebal
700 halaman itu. Jawapanku membingungkan Jared. Dia mula menanyakan tentang
kandungan Al-Quran. Terpaksa kutangguhkan ulangkaji demi menjawab segala tanda
tanya yang ada di mindanya. Sejak itu dia berminat mendengar bacaan ayat-ayat
Al Quran. Dia amat berbeza berbanding dengan saudara lelaki se-Islam yang lain.
Mereka kadang-kadang terlebih sosial pula dari yang di barat sana. Jared amat
berlainan. Bagiku, dia insan istimewa.
“What are you smiling at?” tanya jared
yang tidak pernah menyepi jika berada di sekelilingku. Mahu juga aku
menyuruhnya untuk diam namun tidak sampai hati.
“Nothing. Just trying to enjoy myself,
listening to the peaceful recital of my holy Quran,” kataku berbohong.
Aduh, bertambah lagi dosaku. Ya Allah, maafkanlah hambamu ini. Aku terlalu malu
untuk berterus terang tentang apa yang aku fikirkan.
“Possessive much. Isn’t it suppose to be ‘our’
Quran as in the Muslim’s Quran?” kata jared yang tak pernah lekang dari
pertanyaan. Dahinya berkerut mananti
jawapan.
“It’s because my ustaz once said, the Al
Quran was brought down to earth for every single person, not for one race or
population or whatever. It’s for you, it’s for me, it’s for that woman, it’s
even for the president of united states.Anyway, you should give your brain a
rest sometimes. Take a break from asking so much,” kataku melayan kerenah
tanpa henti si jared.
“if i
dont ask, how will i know, right? By the way, you really think it’s for me too?”
tanya jared lagi.
*okay im stuck here. heheh*
No comments:
Post a Comment